Netizen sebak tengok Sherry Ibrahim dah berniqob ikut Neelofa

Oleh INFORAKYAT

Netizen sebak tengok Sherry Ibrahim dah berniqob ikut Neelofa. Baru-baru ini, perkongsian pelakon Sherry Ibrahim menjadi perhatian apabila dilihat tampil mengenakan niqab dalam majlis agama yang diadakan oleh usahawan terkenal, Noor Neelofa.

Menerusi posting tersebut, Sherry memuat naik gambar bersama Neelofa ketika menghadiri majlis Maulidur Rasul di kediaman ibu kepada Muhammad Bilal itu.

“Bersama seorang yang berjiwa indah Neelofa. Terima kasih Lofa dan keluarga sebab menjemput saya,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon Zulin Aziz yang turut serta dalam majlis agama itu juga berkongsikan gambar bersama rakan artis lain termasuklah Sherry Ibrahim, Mawar Rashid, Bella Astilah, Wawa Zainal dan Kaka Azraff.

Namun, rata-rata netizen tertumpu pada penampilan Sherry ang manis mengenakan jubah labuh dan lengkap berniqab berwarna putih.

Netizen sebak tengok Sherry Ibrahim dah berniqob ikut Neelofa

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Sherry apabila tampil berniqab serta mendoakan agar pelakon berusia 39 tahun itu terus istiqamah.

BACA:

Ramai jejaka ‘menggeletis’ nak try adik Janna Nick, ‘bakal doktor tu!’

Lewandowski pakai jam harga RM278 je, Benzema RM2.3 Juta

‘Jaga an*’, Sheila Rusly kongsi tips bahagia pada menantu