Netizen harap Khairulaming jadi MB Kelantan bantu selesai masalah air. Tular Khairul Aming mengumumkan bakal membuka kilang keduanya di Kota Bharu, Kelantan bagi memperluaskan lagi pengeluaran produk sulungnya Sambal Nyet Berapi.
Perniagaan sambal pemuda kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini telah berjaya mencecah hasil jualan sehinga RM14 juta selepas dihasilkan sejak awal tahun lalu. Susulan itu, ramai meluahkan kesyukuran dan turut bergembira dengan berita yang disampaikan oleh pempengaruh media sosial berusia 29 tahun.
“Kita akan tambah lagi satu kilang baru. Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi korang, selamat datang ke kilang kedua saya,” katanya menerusi sebuah video di laman Twitter.
Terbaharu, tular sebuah ciapan yang berharap agar pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menjadi Menteri Besar Kelantan dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang. Malah, pengguna dikenali @mhidayatullah__ turut berharap agar Khairulaming dapat menyelesaikan masalah air di negeri tersebut yang masih belum menemui titik noktah.
“Aku rasa dalam masa 5 ke 10 tahun, Khairul Aming akan jadi Menteri Besar Kelantan dan masalah air akan selesai.”tulisnya.
Individu berkenaan berkata, pada tahun tersebut Khairulaming berkemungkinan akan memiliki 40 buah kilang di mana ia cukup bagi menaik taraf kehidupan orang Kelantan dan sekaligus membolehkan anak perantauan di Shah Alam kembali pulang ke kampung halaman.
“Masa tu Khairulaming akan ada 40 kilang yang cukup untuk naikkan taraf kehidupan orang Kelantan. B40 akan bergerak jadi M40. Shah Ale (Shah Alam) dah tak sesak sebab semua balik kampung.”terangnya lagi.
BACA:
Orang Melayu paling ramai diisytihar muflis sejak 2020, kata laporan
Tun Mahathir tubuh pakatan politik melayu-islam baru
Rakam curi-curi wanita gelek di balkoni, ‘Shuk tak berubah lagi ke?’ – Netizen