Tun Mahathir tubuh pakatan politik melayu-islam baru

Tun Mahathir tubuh pakatan politik melayu islam baru

Tun Mahathir tubuh pakatan politik melayu-islam baru. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini bakal tubuhkan satu pakatan politik baharu bersama parti lain.

Gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.

Pada majlis solat hajat dan doa selamat di Putrajaya semalam, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia.

“Ini merupakan suatu kumpulan orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” katanya.

Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Tun Mahathir tubuh pakatan politik melayu-islam baru

Presiden Putra Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO).

BACA:

Permohonan PBM sertai BN, akhirnya Zuraida buka mulut

Restoran hidang tikus ‘crispy’ buat anak tekak jadi mual

‘Baru je merasa, dah remuk macam ni’- Kemalangan Alza 2022 pertama

CATEGORIES