Negeri Sembilan dilanda banjir besar malam tadi

Oleh INFORAKYAT

Negeri Sembilan dilanda banjir besar malam tadi. Beberapa kawasan di Negeri Sembilan pada malam tadi teruk dinaiki banjir akibat cuaca hujan yang turun beberapa jam.

Melalui perkongsian laman Facebook Negeri Sembilan Kini, terdapat beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di negeri tersebut sudah terjejas.

Laporan demi laporan dimuat naik menerusi laman Facebook berkenaan bermula kira-kira pukul 10:15 malam tadi.

Difahamkan, antara kawasan terjejas ialah Rahang Kecil, Ampangan, Rasah, Rantau dan beberapa kampung di sekitar Seremban.

Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia

Negeri Sembilan dilanda banjir besar malam tadi

Sementara itu, merujuk data ramalan cuaca terkini Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada 10:40 malam tadi, beberapa negeri dan kawasan dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 2 pagi nanti.

Di Negeri Sembilan khususnya, kawasan-kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Sementara itu, beberapa negeri dan kawasan di zon utara Semenanjung Malaysia juga turut dijangka dilanda cuaca berkenaan iaitu Kedah (Kuala Muda dan Kulim); Pulau Pinang (seluruh negeri) dan Perak (Batang Padang dan Muallim).

Bagi zon Pantai Timur pula, hanya Pahang sahaja yang terlibat, melibatkan sebahagian kawasan iaitu Lipis, Raub dan Bentong.

Dalam pada itu, zon tengah iaitu Lembah Klang mencatatkan ramalan cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda sehingga ke seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak juga dijangka terlibat iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).

BACA:

Politik punya pasal, Pandalela luah rasa kecewa acara terjun tak masuk dalam SUKMA 2022

Pemuda dedah rakaman kereta polis didakwa ambil rasuah, siap tunjuk bukti

PRU-15 : Pas tetap dengan pendirian main ‘dua kolam’