Pemuda dedah rakaman kereta polis didakwa ambil rasuah, siap tunjuk bukti

Pemuda dedah rakaman kereta polis didakwa ambil rasuah, siap tunjuk bukti

Pemuda dedah rakaman kereta polis didakwa ambil rasuah, siap tunjuk bukti. Tular satu rakaman video berdurasi 31 saat yang dimuat naik di akaun sebuah akaun TikTok menunjukkan sebuah Kereta Peronda Polis (MPV) disyaki telah mengambil rasuah (suapan) berhampiran stesen minyak Shell.

ACP Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor (Ketua Polis Brickfield) berkata, siasatan awal terhadap klip video tersebut mendapati ia mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban menghala ke pusat bandar.

Usaha untuk mengesan serta mengambil keterangan pemilik akaun TikTok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

Pihak polis menyeru pemilik akaun TikTok tersebut mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta no. pendaftaran Kereta Peronda Polis berkenaan untuk tampil,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi di saluran Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Pemuda dedah rakaman kereta polis didakwa ambil rasuah, siap tunjuk bukti

BACA:

Jessi akui kerap tayang dada

Tular video wanita ‘belasah’ budak tengah makan dengan penyapu

Bekas MB Selangor dalam keadaan kritikal

CATEGORIES