Nabil tak perasan konsert Billie Eilish dah berlangsung, rugi RM2,500! “allah nak jaga tu”

Oleh INFORAKYAT

Nabil tak perasan konsert Billie Eilish dah berlangsung, rugi RM2,500! “allah nak jaga tu”. Gara-gara Billie Eilish, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad kerugian lebih RM2,500 apabila dia terlepas pandang tarikh konsert penyanyi antarabangsa itu yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok stesen radio Era FM, Nabil terduduk dan menghubungi isterinya, Nazirah Ayub bagi memaklumkan perkara itu.

“Yang (panggilan isteri), Billie Eilish tu semalam saja, mana ada hari ini. Awak tengok dekat tiket tu, 18 hari bulan.

“Lailahaillallah. Memang Allah tak izin, senang cerita,” kata Nabil ketika menghubungi isterinya.

Difahamkan, Nabil sudah membeli lima tiket berharga RM508 setiap satu untuk isteri dan tiga anak perempuannya.

Nabil tak perasan konsert Billie Eilish dah berlangsung, rugi RM2,500! "allah nak jaga tu"

Rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat pelawak itu selain tidak perlu menyesali kesilapan itu kerana menyifatkan Tuhan sedang melindungi dirinya bersama keluarga daripada melakukan perkara mungkar. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang ralat apabila pelawak itu terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

Malam tadi Eilish, 20, menghiburkan lebih 25,000 peminat pada konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

BACA:

Wow! Fakta menarik kapal mewah Adastra bernilai RM200 juta ini mengejutkan

Zahid Hamidi disaman Tun Mahathir, kata pemimpin itu ‘kutty’

Penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ditahan polis!