Penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ditahan polis!

Penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ditahan polis!

Penyanyi ‘Sikok Bagi Duo’ ditahan polis! Sekiranya anda merupakan pengguna platform media sosial TikTok, kami yakin anda pasti cukup tahu dengan lagu yang sedang tular pada ketika ini iaitu Sikok Bagi Duo.

Mulai popular menerusi platform TikTok, orang ramai seakan tertanya-tanya dengan asal usul penyanyi ini. Tampil dengan nama pentas Meli Dadi, penyanyi ini merupakan rakyat Indonesia dari daerah Lubuklinggau.

Terbaharu, di sebalik populariti beliau, Meli Dadi baru-baru ini turut menjadi perhatian Badan Narkotika Nasional (BNN) di mana beliau terpaksa menjalani ujian air kencing.

Difahamkan punca beliau ditahan pihak BNN berpunca daripada lirik lagu Sikok Bagi Duo yang dikatakan mengajak pengguna mencuba najis dadah. Meskipun ujian air kencing Meli Dadi disahkan negatif, tahanan beliau oleh pihak BNN turut membuatkan beliau bersama suaminya kecewa.

Sementara itu, beliau pada bulan lalu telah membuat rakaman klip video rasmi Sikok Bagi Duo serta mendapat sambutan hangat selepas meraih 3 juta tontonan dalam tempoh sebulan sahaja.

Penyanyi 'Sikok Bagi Duo' ditahan polis!

BACA:

Apple umum iPhone 14 lancar pada 7 September ini

Tindakan Ahmad Dhani selamba pegang belakang Fazura jadi bualan

Video guru cantik ni mengajar jadi tular, ‘semangat lain macam ni!’

CATEGORIES