MUA Bellaz ‘belanja’ naik Lamborghini milik sendiri? Sebut sahaja nama MUA Bellaz, pasti ramai yang begitu suka dengan sikapnya yang tidak lokek berkongsi ilmu solekan buat para wanita di luar sana sehingga ada di antara mereka dapat belajar teknik-teknik yang membolehkan mereka juga dapat menjadikan ia satu pekerjaan.
Sesungguhnya segala perkongsian ilmu dan kejayaan yang dikecapi MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini menjadi inspirasi ramai.
MUA Bellaz beli lamborghini?
Terbaharu, perkongsian ikon solekan di media sosial ini telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi sebuah kereta mewah ‘seksi’ idaman kebanyakan orang.
Lihat siaran ini di Instagram
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram miliknya, dilihat Bellaz berkongsi sebuah kereta lamborghini berwarna hijau tanpa menulis sebarang kapsyen.
Alhamdulillah, tahniah!
Walaupun tiada sebarang kapsyen, namun ramai menyangka Bellaz seakan memberi ‘hint’ memiliki kereta tersebut dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya kerana berjaya memiliki kereta idaman.
Sangat merendah diri
Pun begitu, tular video di muat naik oleh Do Terry di laman TikTok memaparkan Bellaz bersama lamborghini berwarna hijau tersebut dan turut kelihatan beberapa rakan bersama kereta mewah mereka.
@doterrybogard Best gilerrr baii.. @muabellazz #lamborghini #hijau #fypシ゚viral ♬ original sound – do terry
BACA:
Puteri Balqis dedah kelakuan buruk ayah, “dia tengok porno macam kartun”
Demi filem, Nas T terpaksa hadap tekanan tinggi jalani latihan komando