‘Orang tawar RM10,000 pun saya tak akan jual binatang ni’

‘Orang tawar RM10,000 pun saya tak akan jual binatang ni’

‘Orang tawar RM10,000 pun saya tak akan jual binatang ni'”Jual RM5,000 seekor pun masih tidak berbaloi kerana bukan senang menjaga dan mendapatkan haiwan eksotik dari Mesir itu,” kata Azhar Mohamad Shafawi.

Azhar atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Azhar, 50, berkata, dia tidak bercadang menjual lebih 50 ekor dhab yang diternaknya sejak 1994.

“Memang ramai yang bertanya dan berhasrat membelinya untuk dijadikan haiwan peliharaan seperti iguana atau reptilia lain tetapi ia bukan untuk dijual.

“Saya bukan sayang untuk menjualnya tetapi dhab yang diternak ini hanya cukup untuk kegunaan sendiri saja malah ia bukan senang untuk dipelihara. Saya menggunakan dhab sebagai ramuan utama dalam ubat-ubatan tradisional yang dihasilkan, ” katanya.

'Orang tawar RM10,000 pun saya tak akan jual binatang ni'

Dia berkata, dhab ialah sejenis reptilia yang sukar diternak berbanding haiwan peliharaan lain dan peratusan untuk hidup sebelum berusia setahun sangat rendah.

“Sebelum dhab berusia setahun, ia perlu diberikan perhatian khas bagi memastikan ia hidup termasuk menempatkannya di tempat khas dan memberinya makanan berkhasiat berasaskan sayur-sayuran.

“Memang dhab menghasilkan telur yang banyak apabila membiak tetapi peratusan anak yang menetas untuk hidup sangat rendah, oleh itu bekalan dhab sentiasa tidak mencukupi.

“Cuma apabila ia berusia setahun ke atas, antibodi dhab akan meningkat seterusnya sukar untuk mati,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

Menurutnya, tempoh matang dhab ialah tiga hingga empat tahun manakala jangka hayatnya boleh mencecah usia puluhan tahun.

“Saya memiliki dhab yang berusia lebih 20 tahun dan ia adalah induk utama yang sudah menghasilkan banyak anak-anak dhab.

“Dhab berusia 20 tahun itu jika ditawar dengan harga RM10,000 sekalipun saya masih enggan menjualnya,” katanya.

BACA: 

Ayah budak viral tunjuk jari tengah mohon maaf

Banjir besar hujung November ini – Met Malaysia

CATEGORIES