Mereka semakin berani…fashion show di perkarangan masjid pula

Oleh INFORAKYAT

Mereka semakin berani…fashion show di perkarangan masjid pula. Sebuah acara pertunjukan fesyen di Ciamis, Jawa Barat menjadi sasaran kecaman netizen kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai ‘pentas’ peragaan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Berdasarkan video yang tular, sekumpulan lelaki dan wanita dilihat berkumpul di halaman Masjid Agung Ciamis untuk melakukan pertunjukan fesyen, Ahad lalu.

Mereka berjalan sambil memperagakan pakaian dan aksesori masing-masing. Beberapa individu lain pula dilihat sibuk merakam gambar pertunjukan tersebut.

Selepas video itu dimuat naik di laman TikTok dan Instagram, ia menerima kecaman hebat dengan ramai netizen menganggap perbuatan itu sebagai tidak menghormati kesucian masjid yang merupakan tempat ibadat orang Islam.

Mereka semakin berani...fashion show di perkarangan masjid pula

Susulan itu, Ketua Jurusolek (MUA) Community Ciamis, Santi Novianti tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa pertunjukan fesyen itu dilakukan secara spontan.

“Kami meminta maaf daripada seluruh penduduk Ciamis terutamanya pihak Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) dan para ulama.

“Tidak ada unsur sengaja (pertunjukan fesyen), semuanya di luar jangkaan kami. Tiada juga niat kami untuk sengaja menjadi tular,” katanya.

Sementara itu, Ketua DKM Masjid Agung Ciamis, KH Wawan S Arifin berkata, pihaknya akan memberikan hukuman kepada penganjur acara itu.

“Hukumannya adalah mereka diwajibkan mengikuti pembelajaran di Masjid Agung Ciamis dua minggu sekali, setiap petang Ahad,” ujarnya.

Tambah Wawan, kejadian itu berlaku akibat kelalaian pihak penganjur kerana mereka pada awalnya mengadakan acara tersebut di Alun-alun Ciamis.

“Bagaimanapun, ia secara tiba-tiba beredar ke pekarangan masjid,” kata Wawan.

BACA:

Keluarga ejen kosmetik diculik tak percaya selagi belum nampak depan mata

Tuan Ibrahim tegaskan Muhyiddin tak boleh paksa PAS pilih PN atau BN

Interpol keluar notis merah kepada pengasas kripto Terra Luna, dituduh scam RM279 Billion