Keluarga ejen kosmetik diculik tak percaya selagi belum nampak depan mata

Keluarga ejen kosmetik diculik tak percaya selagi belum nampak depan mata

Keluarga ejen kosmetik diculik tak percaya selagi belum nampak depan mata. “Sejak malam tadi kami sekeluarga menerima mesej menerusi WhatsApp dan panggilan bertalu-talu mengucapkan syukur atas maklumat Azi sudah ditemui,” kata kakak kepada ejen jualan kosmetik yang diculik pada 13 September lalu.

Wanita itu berkata, walaupun mengetahui berita mengenai adiknya, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang ditemui selamat di Thailand dan sudah dibawa pulang ke sini, mereka agak ragu-ragu selagi tidak dapat melihatnya di depan mata.

“Kami hanya mengetahui berita Azi sudah ditemui melalui panggilan telefon sanak saudara dan rakan kerana ada disertakan sekali dengan kenyataan media Ketua Polis Negara.

“Tetapi setakat ini kami belum menerima maklumat secara rasmi berhubung perkara ini dan tidak tahu Azi diletakkan di mana jika benar dia sudah dibawa balik ke negara ini.

“Maklumlah, sekarang banyak sangat berita palsu dan tidak benar mengenai kes kehilangan Azi menyebabkan kami sekeluarga jadi was-was selagi Azi tidak berada di depan mata sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini.

Keluarga ejen kosmetik diculik tak percaya selagi belum nampak depan mata

Wanita itu menyifatkan doa mereka dan seluruh rakyat Malaysia termakbul dengan penemuan adiknya itu kerana setiap hari hanya itu sahaja diharapkan.

Katanya, mereka kini hanya menunggu panggilan daripada pihak berkuasa untuk sebarang perkembangan dan tidak sabar untuk berjumpa dengan Azi selepas lebih dua minggu diculik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi kenyataan media malam tadi memaklumkan ejen jualan itu berjaya diselamatkan.

Lokasi kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan mangsa dibawa pulang ke negara ini semalam.

Dalam kes itu juga, tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

BACA:

Interpol keluar notis merah kepada pengasas kripto Terra Luna, dituduh scam RM279 Billion

Wanita kongsi amalan murah rezeki, “tuang air dalam pinggan lepas makan..”

Cahaya gajet boleh jejas kesuburan kanak-kanak, cepatkan akil baligh – Pakar

CATEGORIES