Ludah masa konsert, netizen desak Noh Hujan buat ujian air kencing

Oleh INFORAKYAT

Ludah masa konsert, netizen desak Noh Hujan buat ujian air kencing. Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sekali lagi menjadi topik panas apabila dengan tanpa bersalah melakukan tindakan meloyakan iaitu meludah ke arah penonton menjayakan persembahan sempena Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

Dalam sebuah video yang tular sejak dimuak naik di Twitter, penyanyi berumur 37 tahun dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ratusan penonton.

Menerusi ruangan kapsyen video pula pemilik akaun menulis “Nasib la siapa kena ludah tu”.

Difahamkan, ada pengikut yang mendakwa lelaki kelahiran Sarawak itu mencampakkan ‘microphone stand’ terlebih dulu sebelum meludah.

“Lepas dia campak mic stand tu terus meludah. Raingers pula bersorak sakan dengan bang aji ni,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ludah masa konsert, netizen desak Noh Hujan buat ujian air kencing

Meninjau komen-komen netizen, ramai meninggalkan maklum balas menyelar sikap tidak senonoh penyanyi yang aktif dengan aktiviti kemanusiaan selain meminta mendesak agar ujian air kencing segera dilakukan ke atasnya.

“Minta AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) pergi buar urine test (ujian air kencing),” tulis selorang netizen.

Malah menerusi ruangan komen juga ada pemerhati industri muzik membuat perbandingan mengatakan sebuah kumpulan rock Barat juga tidak pernah meludah penonton biarpun menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan istilah ludah.

“Slipknot bila perform lagu Spit It Out pun tak ludah crowd dia,” tulis pemilik akaun @najmiMiglia.

Sikap tiada adab bagaimanapun sudah seakan-akan sinonim dengan penyanyi berusia 37 tahun itu memandangkan sebelum ini dia seperti t terbiasa mengeluarkan kata-kata kesat ketika mengadakan persembahan.

Alasan kononnya hanya perkara biasa selaku penyanyi rock seolah-olah memberi lesen kepadanya untuk berkelakuan sebegitu.

Selain Noh, Konsert Hausboom Music 2022 turut digegarkan dengan persembahan kumpulan Wings, Masdo, Ruffedge dan Joe Flizzow.

Terdahulu, bekas suami aktivisis kemanusiaan Mizz Nina itu pernah mencetuskan kontroversi apabila muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur sambil menyelitkan rokok dibibir hingga ditegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebelum itu Noh, 37, juga dengan selamba menghisap rokok elektronik ketika diwawancara media dalam sebuah majlis.

BACA:

Kos kahwin di Siam makin tinggi, dah naik lebih RM5,000

Sikit lagi nak jatuh! Video budak perempuan tergantung di pemegang eskalator tular

Sharifah Rose akui masih single, teringin nak jadi isteri orang