Lelaki kantoi curi spender wanita, guna untuk buat ritual ilmu pengasih. Seorang lelaki di Padukuhan Kropak, Indonesia didakwa mencuri seluar dalam wanita untuk tujuan ritual ilmu pengasih berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Curi seluar dalam untuk ilmu pengasih
Menurut pegawai polis, Inspektor Mahmed Ali Bahonar berkata, kejadian terbabit berlaku pada waktu pagi di mana si suami terdengar bunyi tapak kaki di luar rumahnya lalu keluar untuk melihat.
Suami si mangsa mendapati pelaku menghendap masuk ke perkarangan rumah. Dia menuju ke tempat jemuran pakaian.
Pencuri itu kemudiannya mengambil seluar dalam wanita terbabit sebelum dikejar oleh si suami sehingga berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan mengakui bahawa tujuan dia mencuri seluar dalam wanita adalah untuk ritual ilmu pengasih.
Walau bagaimanapun, pihak polis mengambil pendekatan ‘kesepakatan penyelesaian bersama’ antara pencuri dan pemilik seluar dalam itu kerana nilai kerugian hanya melibatkan jumlah yang kecil.