Lee Chong Wei terkejut dengar soalan anaknya selepas Malaysia jadi juara dunia

Oleh INFORAKYAT

Lee Chong Wei terkejut dengar soalan anaknya selepas Malaysia jadi juara dunia. Kemenangan beregu negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik melakar sejarah sukan badminton Malaysia apabila muncul sebagai juara dunia setelah menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada petang semalam telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak, termasuk pemain legenda perseorangan lelaki Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

“Sejarah Telahpun Dibetulkan”

Menerusi hantaran di Instagram, Lee Chong Wei mengatakan bahawa sejak tahun 1977, Malaysia nyaris merangkul emas selama beberapa kali namun tidak kesampaian.

“Sejak tahun 1977, Malaysia telahpun beberapa kali merangkul emas tetapi tidak kesampaian. Peliknya, 11 negara sudahpun digelar juara tapi bukan Malaysia. Percaya tak Sweden, USA dan Singapura dah pernah juara tapi bukan negara kita.

Tapi hari ini, sejarah telahpun dibetulkan @aaronchiatengfong dan @sohwooiyik mempamerkan aksi yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia. Terima kasih!”-Tulis Lee Chong Wei

Lee Chong Wei terkejut dengar soalan anaknya selepas Malaysia jadi juara dunia

Kingston Menyifatkan Bapanya ‘Kurang Bijak’

Dalam pada itu, apa yang mencuri perhatian adalah persoalan oleh anak lelakinya Kingston yang berseloroh menggelar bapanya ‘kurang pandai’ kerana tidak memilih untuk bermain secara beregu, ketika mereka bercakap tentang detik bersejarah itu menerusi FaceTime.

“Betul, kita main doubles. Haha. Papa kurang pandai. Tak pilih main doubles.”-Kata Kingston

Selain itu, anak lelakinya itu turut bertanyakan soalan ‘panas’ kepada bapanya adakah hari ini (29 Ogos 2022) akan diberikan cuti peristiwa sempena kemenangan beregu lelaki negara itu.

“I pun ada soalan. Esok (29 Ogos) cuti tak?.”-Soal Kingston

Jelas Lee Chong Wei, dia yang berdiam diri turut berseloroh nyaris mahu bertanyakan kepada isterinya yang juga bekas pemain badminton wanita negara , Wong Mew Choo adakah Kingston dan Terrence adalah anak-anaknya.

BACA:

Kerajaan umum cuti peristiwa

Akhirnya pengemis ‘patah tengkuk’ Shah Alam ditahan, ‘4 jam kutip RM2k!’

MB kata kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja