MB kata kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja

MB kata kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja

MB kata kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja. Terdapat 51,944 kekosongan jawatan di Johor ketika ini yang melebihi jumlah pencari kerja seramai 34,278 orang, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri sedang meneliti isu ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan yang banyak terjadi di negeri ini dan akan membabitkan semua pemegang taruh dalam satu sesi libat urus bagi mendapatkan penyelesaiannya.

“Kita maklum, mungkin terdapat banyak ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan. Oleh itu, kerajaan negeri sedang meneliti isu ini.

“Selain memberikan lebih keyakinan kepada pelabur, rakyat Johor juga boleh memanfaatkan peluang pekerjaan yang dikenal pasti, terutamanya dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan.

“Terdapat juga cadangan supaya pusat khidmat dalam negeri ini dijadikan ‘satellite center’ Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Pusat ini akan menjadi tempat sehenti di mana para majikan boleh melakukan temu duga dan suai kenal dengan tenaga kerja yang berpotensi,” katanya.

MB kata kekosongan jawatan di Johor melebihi pencari kerja

Beliau berkata demikian dalam hantaran di media sosial memaklumkan perkara itu, hari ini selepas pertemuan dengan Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Onn Hafiz berkata, terdapat hampir 34,806 individu yang bekerja sendiri sudah berdaftar dalam skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (KSPS) di Johor dengan paling ramai berdaftar daripada sektor perkhidmatan sokongan, pengangkutan penumpang serta pengangkutan barang dan makanan.

“Tidak lupa juga peranan suri rumah tangga yang turut menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Di Johor sahaja, terdapat 278,000 suri rumah pada masa ini. Sama ada golongan ini terpaksa berhenti kerja atau sebaliknya, kesemua mereka layak dilindungi di bawah Perlindungan Keselamatan Sosial Suri Rumah.

“Ini dapat merapatkan lagi jurang perlindungan sosial serta menjaga kesejahteraan mereka, terutamanya dalam masa-masa tidak menentu seperti pandemik. Pada masa sama, terdapat lebih kurang 419,500 wanita bekerja yang juga berpotensi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Dalam merealisasikan hasrat untuk menjaga kebajikan kumpulan-kumpulan ini, kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama dengan PERKESO dalam menyalurkan maklumat mengenai program dan bantuan yang diadakan.

“Ini mampu memberikan implikasi positif terhadap kadar pengangguran, meningkatkan kadar perkhidmatan dan tenaga buruh serta memastikan perlindungan keselamatan sosial pekerja yang menyeluruh kepada rakyat Johor,” katanya.

BACA:

Dulu kerja kupas bawang je, sekarang dah jadi tokei popcorn terkenal, jualan juta-juta!

“Noktah!” – Tiada gabungan dengan PN, kata Rafizi

Lizzy dedah aksi cium pelakon lelaki dalam filem Abang Long Fadhil 3 adalah ‘real’

CATEGORIES