Laporan dedah 1,000 pasangan dari Malaysia nikah di siam dalam sebulan

Oleh INFORAKYAT

Laporan dedah 1,000 pasangan dari Malaysia nikah di siam dalam sebulan. Songkhla kini bagaikan ‘syurga’ bagi pasangan kekasih di negara ini yang kemaruk ingin bernikah di Thailand selepas kerajaan Gajah Putih itu memansuhkan permohonan pas dan pembelian insurans perubatan untuk memasuki negara itu sejak Julai lalu.

Manakan tidak, kira-kira 1,000 pasangan kekasih termasuk mereka yang ingin berpoligami telah melangsungkan perkahwinan di lima lokasi di wilayah tersebut dalam tempoh sebulan sahaja.

Seorang pengambil upah membawa pasangan dari Malaysia ke sana yang dikenali Wan Yop berkata, pandemik Covid-19 pada tahun lalu telah merencatkan hasrat sebilangan rakyat negara ini untuk bernikah secara senyap di Thailand.

Katanya, sebaik sahaja Thailand membuka sempadan dan melonggarkan syarat kemasukan ke negara itu, permintaan daripada pasangan tempatan untuk bernikah di negara jiran me­ningkat secara mendadak.

“Sebelum ini sebilangan daripada mereka mahu berpoligami, tetapi niat itu terbantut akibat Covid-19. Bagaimanapun, ketika ini tidak kurang daripada 200 pasangan bernikah di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla dalam tempoh sebulan.

Laporan dedah 1,000 pasangan dari Malaysia nikah di siam dalam sebulan

“Itu di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla sahaja, tidak termasuk lagi di empat lokasi pernikahan lain. Jadi tidak mustahil jumlahnya mencecah 1,000 pasangan sebulan,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Pada pasca Covid-19, Thailand mewajibkan pelancong mengambil insuran perubatan berharga RM30 untuk tempoh seminggu, manakala RM60 ke atas untuk sebulan sebaik sahaja pintu sempadan negara itu dibuka kepada pelancong.

Bagaimanapun, mulai 1 Julai lalu, Thailand memansuhkan syarat wajib itu dan juga menarik balik peraturan mendaftar di Thailand Pass berkuat kuasa tarikh yang sama sebagai satu usa­ha menarik lebih ramai pelancong luar ke negara itu.

Mengulas lanjut, Wan Yop berkata, pada musim cuti persekolahan, bilangan pasangan kekasih yang bernikah di Songkhla meningkat kepada 50 pasangan sehari dari Isnin hingga Jumaat berbanding hanya 10 pasangan sehari.

Ujarnya, permintaan yang meningkat secara mendadak itu menyebabkan ejen-ejen nikah Siam di negara ini serta individu perseorangan yang mengambil upah membawa pasangan untuk bernikah di Thailand tidak menang tangan.

“Saya sendiri pun terpaksa menyusun jadual pergerakan untuk ke sana kerana tidak mampu untuk membawa lebih daripada dua pasangan sekali gus ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla.

“Ini adalah disebabkan ramai pasangan yang bernikah di tempat itu dan terpaksa bersaing dengan ejen-ejen lain untuk mendapat nombor giliran bernikah awal. Ia supaya urusan membuat pendaftaran pernikahan di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla tidak tersangkut,” ujarnya.

Wan Yop memberitahu, permohonan bagi mendapatkan pengesahan di Pejabat Konsulat Malaysia adalah penting kerana hanya pengesahan dari pejabat itu dapat membuktikan suatu pernikahan dilakukan di tempat yang betul.

Menurutnya, ia juga merupakan salah satu dokumen yang penting untuk pendaftaran semu­la pernikahan di Malaysia.

“Hanya pernikahan yang dilakukan di Pejabat Majlis Agama Islam di enam wilayah di Thailand sahaja yang diterima oleh negara kita iaitu Songkhla, Bangkok, Narathiwat, Pattani, Yala dan Satun.

“Selain daripada enam wilayah itu, pernikahan yang dijalankan untuk warga Malaysia adalah tidak diterima oleh pihak konsulat. Bahkan, ia tidak akan dimasukkan dalam sistem data Jabatan Agama Islam Thailand.

“Pernikahan seumpama itu dianggap sebagai mengunakan sindiket haram dan tidak diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Thailand termasuk di negara kita sendiri,” katanya.

BACA:

Dulu RM2.8 Juta, NFT milik Logan Paul sekarang hanya nilai RM46.36 sen sahaja

Lelaki terpaksa ‘bertapa’ atas pokok lebih dua jam selepas kena kejar gajah liar

Sharifah Rose akui masih single, teringin nak jadi isteri orang