Lelaki terpaksa ‘bertapa’ atas pokok lebih dua jam selepas kena kejar gajah liar

Lelaki terpaksa bertapa atas pokok lebih dua jam selepas kena kejar gajah liar

Lelaki terpaksa ‘bertapa’ atas pokok lebih dua jam selepas kena kejar gajah liar. Seorang lelaki dilaporkan terpaksa ‘bertapa’ di atas pokok selama satu jam setengah selepas gajah liar secara tiba-tiba datang menyerang ke arahnya di Chinnakanal, Kerala, India, lapor NDTV.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan seorang petani di Chinnakanal daerah Idukki.

Menurut lelaki tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu dia sedang dalam perjalanan menuju ke atas bukit dari bangsal yang berada di kawasan bawah pada Selasa.

Tambahnya, dia tidak pernah membayangkan terpaksa berlindung daripada haiwan liar itu yang berada berhampirannya.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, ia memaparkan lelaki tersebut sedang ‘duduk’ di dahan sebuah pokok sementara menunggu seekor gajah yang berada di kawasan berhampiran untuk beredar dari kawasan itu.

Lelaki terpaksa 'bertapa' atas pokok lebih dua jam selepas kena kejar gajah liar

“Saya menjerit sepanjang jalan untuk meminta pertolongan penduduk setempat selepas beberapa ekor gajah mengejar saya secara tiba-tiba. “Saya tak fikir panjang terus memanjat pokok. Di situ, saya terpaksa tunggu selama satu jam setengah,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya diselamatkan selepas penduduk tempatan menghubungi pegawai hutan yang bertindak menggunakan mercun untuk menghalau haiwan tersebut dari kawasan berkenaan.

Sebelum itu, seorang pegawai hutan difahamkan telah memberikan amaran kepadanya, namun dia tetap memasuki kawasan kawanan gajah liar itu.

BACA:

Nuha Bahrin teruk kena kecam suara kartun, netizen bongkar video lama

Agihan pendapatan 3.75 sen seunit – ASM 3

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

CATEGORIES