Khairulaming punya pasal, nasi lemak bang sudu kena serbu

Oleh INFORAKYAT

Khairulaming punya pasal, nasi lemak bang sudu kena serbu. Nasi Lemak Bangsudu yang tular beberapa hari ini di media sosial sedang hangat dipuji oleh netizen. Sebahagian daripada mereka memuji sambal yang dihidang bersama nasi lemak RM1.00 itu. Manakala sebahagian lagi merasakan bahawa nasi lemak ini memang layak untuk ditularkan kerana sedap.

katanya beliau tertarik untuk mencuba nasi lemak ini selepas video Bangsudu muncul di FYP. “Walaupun produk yang dia jual simple, tetapi saya suka dengan storytelling dia.

Kesan daripada perkongsian Khairulaming, banyak pelanggan yang hadir ke gerai Bangsudu sehingga terjadinya barisan panjang.

Melalui perkongsian beliau di laman Twitter, Bangsudu menceritakan apa yang beliau belajar sejak Nasi Lemak RM1.00 tular di media sosial tentang bagaimana untuk menghargai pelanggan yang sudah

Pertamanya, peniaga perlu tenang dalam menghadapi situasi ini, “Saya belajar bila orang ramai macam ni kita kena lebih bertenang supaya waktu niaga tu tak huru hara. Walaupun dalam hati dah takut gila-gila, bertenang adalah kunci untuk selesaikan semua yang datang,” katanya.

Khairulaming punya pasal, nasi lemak bang sudu kena serbu

Keduanya adalah tenaga, apabila pelanggan yang datang sanggup letak tenaga 100% untuk beratur panjang, sebagai peniaga anda perlu letakkan 200% atau lebih untuk melayan para pelanggan yang datang.

Terakhir sekali adalah stok, “Stok nasi lemak kena pastikan cukup untuk semua. Agak kecewa bila ada yang dah beratur lama tapi tak dapat nak beli. Kesian sebab mereka dah penat tibe-tibe sampai depan dah habis,” katanya dalam perkongsian yang dibuat semalam di Twitter miliknya.

Nasi lemak Bangsudu dimasak sendiri oleh ibu bapanya dan dijual setiap pagi oleh Bangsudu. Menurut Khairulaming, 600 pek nasi lemak yang dijual setiap hari boleh habis dalam masa 30 minit sahaja.

Bagi Bangsudu, sehingga kini beliau cuba kekalkan harga RM1 untuk nasi lemak dijualnya kerana tidak mahu bebankan pembeli terutamanya adik-adik yang beli nasi lemaknya untuk sarapan di sekolah.

Jika anda berada di kawasan berdekatan Desa Coalfields, boleh singgah untuk beri sokongan kepada Bangsudu. Masih ada peniaga yang jual nasi lemak RM1 ketika ini. Nampak just nice saiz nasi lemak dengan harganya. Sama-sama kita beri sokongan kepada peniaga kecil.

BACA:

Kecoh Universiti Malaya didakwa curi kajian student PHD, lelaki dedah sisi gelap UM

Dulu kerja kupas bawang je, sekarang dah jadi tokei popcorn terkenal, jualan juta-juta!

“Noktah!” – Tiada gabungan dengan PN, kata Rafizi