‘Khairulaming berhala yang disembah ramai’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

‘Khairulaming berhala yang disembah ramai’. Kecoh di Twitter baru-baru ini apabila seorang individu memuat naik hantaran yang mengaitkan nama Khairul Aming dalam perkongsiannya itu.

Tindakan individu tersebut yang menggelarkan personaliti media sosial itu sebagai berhala yang disembah orang ramai telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, individu tersebut memetik nama Khairul Aming dan mendakwa dia adalah sebagai berhala yang disembah oleh ramai pihak.

Menurutnya, pada ketika ini ramai yang menyembah Khairul Aming dan perkara itu perlu dijauhkan kerana ia merupakan berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia.

'Khairulaming berhala yang disembah ramai'

'Khairulaming berhala yang disembah ramai'

Malah dia memberitahu golongan yang menyembah personaliti media sosial itu tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan menegaskan hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan hambanya.

Hantaran yang dikongsikan di Twitter itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen yang tertanya-tanya motif sebenar individu tersebut.

Susulan isu yang tular ini, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu tersebut yang mengeluarkan kenyataan seperti itu dan boleh merosakkan nama Khairul Aming sendiri.

Ada juga yang mendakwa individu itu cuba untuk meraih populariti dengan memetik nama personaliti media sosial tersebut.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menganggap mungkin juga individu tersebut tidak berada dalam keadaan yang stabil atau sihat semasa memuat naik hantaran tersebut.

Meninjau di ruangan komen, individu tersebut telah menerima kecaman hebat dari netizen yang rata-ratanya tidak menyokong kenyataan yang dikongsikan itu.

“Janganlah kita menjadi manusia bodoh. Takde siapa sembah Khairul Aming…”

“Jelas sangat dia punya hasad dengki tu.”

“Aku tak follow Khairul Aming dekat mana mana socmed pun tapi aku rasa ni statement paling bodoh pernah aku baca today.”

BACA:

“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam” – Shila Amzah

Rupanya ini maksud sebenar huruf belakang kereta, ‘bertahun pakai baru tau’

KJ luah perasaan, risau belum ada lagi tempat bertanding PRU-15