Khabe Lame kini penduduk sah Itali selepas popular, bukan lagi pendatang haram

Oleh INFORAKYAT

Khabe Lame kini penduduk sah Itali selepas popular, bukan lagi pendatang haram. KHABY Lame, individu yang mempunyai pengikut TikTok paling ramai di dunia telah diberikan status kewarganegaraan Itali.

“Saya bersumpah untuk setia kepada republik dan mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara,” ujar Lame dihadapan pegawai di Chivasso, bandar berhampiran Turin pada 17 Ogos lalu.

Menurut Lame, 22, dia juga berbangga dengan pertukaran status itu memandangkan dia membesar di Itali sejak berusia setahun.

“Saya amat berbangga. Saya menguasai bahasa Itali sejak sekian lama kerana saya menetap di sini.

Khabe Lame kini penduduk sah Itali selepas popular, bukan lagi pendatang haram

“Saya rasa tanggungjawab yang besar atas sumpah yang saya lafazkan. Ini bukan sekadar kata-kata,” ujarnya.

Kes melibatkan selebriti media sosial itu menyerlahkan betapa rumitnya proses untuk pendatang asing mendapatkan status kewarganegaraan di Itali.

Kewarganegaraan Itali boleh diperoleh oleh anak-anak bukan Itali apabila mereka mencapai umur 18 tahun, jika mereka dilahirkan di Itali dan telah tinggal di negara itu secara berterusan sejak bayi.

Namun, Lame melalui proses yang rumit kerana dia dilahirkan di Senegal sebelum berpindah dan membesar di Itali sejak berusia setahun.

Untuk rekod, Lame meraih populariti luar biasa menerusi TikTok ketika pandemik pada tahun 2020 dengan video mimik muka bersahaja yang melucukan.

Dia kini mengumpul 148.6 juta pengikut di platform video .

BACA: 

Vida ajak Iqbal main gym pukul 3 pagi, sekali ini yang jadi

Ini rupanya rahsia nasi lemak sedap, letak bahan ni masa kisar bawang