Vida ajak Iqbal main gym pukul 3 pagi, sekali ini yang jadi

Vida ajak Iqbal main gym pukul 3 pagi, sekali ini yang jadi

Vida ajak Iqbal main gym pukul 3 pagi, sekali ini yang jadi. Semua sedia maklum, persengketaan antara Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli telah tamat baru-baru ini.

Selepas beberapa bulan ‘berperang’ di media sosial, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memilih menamatkan persengketaan dan membuka kisah baharu bersama Iqbal yang juga seorang usahawan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, usahawan berusia 51 tahun itu mengakui terdapat hikmah atas perkara berlaku dan ingin memperbaiki hubungan yang sudah terjalin sejak lapan tahun lalu.

Kongsi Momen Bersama

Vida ajak Iqbal main gym pukul 3 pagi, sekali ini yang jadi

Melihat di Instagram DSV dan Iqbal, masing-masing sedang rancak menunjukkan keakraban mereka setelah memilih untuk berdamai.

Banyak momen bersama yang dikongsikan oleh mereka kepada peminat dan rata-rata peminat mendoakan agar DSV dan Iqbal untuk tidak melengahkan lagi perkahwinan mereka.

Diajak Pergi Gym Jam 3 Pagi

via Instagram Iqbal Zulkefli
Terbaru, Iqbal turut berkongsikan kepada peminat di Instagram Storynya apabila dia cuba memenuhi permintaan DSV yang mengajaknya untuk pergi ke gym pada jam 3 pagi.

Stressla saya macamni, tiga pagi nak turun main gym. Bersenam tidaklah mana pun, mulut saja yang kuat. Kalau di rumah tidak kisah…

Tambah Iqbal lagi, aktivitinya ke gym pada jam 3 pagi tersebut bukanlah semata untuk bersenam, tetapi lebih kepada berborak.

Dalam video tersebut, kelihatan DSV dan Cik B juga turut pergi ke gym bersama-sama Iqbal di sebuah hotel di Penang.

BACA:

Ini rupanya rahsia nasi lemak sedap, letak bahan ni masa kisar bawang

Barang tak laku, penjual bundle mengamuk masa live jual baju, siap koyak baju

CATEGORIES