Kereta tak bergerak pun tapi terima saman, bingung wanita ni

Oleh INFORAKYAT

Kereta tak bergerak pun tapi terima saman, bingung wanita ni. Sepasang suami isteri berasa bingung selepas menerima surat saman atas kesalahan memandu melebihi had laju di Manchester, ketika bercuti di Sepanyol.

Lapor Daily Mail, Gary Thornburn dan Clare Beards meletakkan kereta GTI Golf mereka di parkir valet di Lapangan Terbang Manchester, 3 Ogos lalu sebelum berlepas ke Murcia, Sepanyol untuk percutian selama 13 hari.

Pasangan itu terkejut mendapat surat saman daripada Polis Greater Manchester selepas pulang bercuti, 16 Ogos lalu.

Surat saman bertarikh 10 Ogos menyatakan kereta Golf GTI berwarna putih didapati memandu pada kelajuan 88 kilometer sejam (km/j) dalam zon had 48km/j di sepanjang Alan Turing Way di Manchester, kira-kira 16 kilometer (km) dari lapangan terbang.

Beberapa gambar menunjukkan sebuah kereta yang didakwa mempunyai nombor plat sama melakukan kesalahan itu 5 Ogos lalu, dua hari selepas Thornburn dan Beards meninggalkan kenderaan mereka di parkir lapangan terbang itu.

Kereta tak bergerak pun tapi terima saman, bingung wanita ni

Sementara itu, pihak pengurusan Lapangan Terbang Manchester menegaskan kereta pasangan itu kekal berada di kawasan parkir sepanjang percutian mereka.

Malah, katanya, kunci kereta juga disimpan dengan selamat dan kereta terbabit mungkin kenderaan yang lain.

Jurucakap lapangan terbang berkata, pihaknya memahami kesusahan dihadapi pelanggan mereka dan akan melakukan siasatan lanjut.

Jelasnya, siasatan menunjukkan kereta pasangan itu berada di kawasan parkir sehingga diambil semula oleh pemiliknya, malah kunci juga disimpan dengan selamat.

“Siasatan lanjut menunjukkan kenderaan tertera dalam imej kamera kelajuan adalah berbeza dengan kereta ditinggalkan kepada kami,” katanya.

BACA:

Netizen persoal penampilan pelik ustaz Kazim Elias, rupanya ini sebab..

Wanita terkejut pernikahanya tidak sah bila rujuk di pejabat agama

Perkhidmatan Awam Negeri buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM5,753