Perkhidmatan Awam Negeri buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM5,753

Perkhidmatan Awam Negeri buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM5,753

Perkhidmatan Awam Negeri buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM5,753. Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

1.JURUPULIH PERUBATAN – GRED U29

  • Gaji: RM1797 – RM5,753

Perkhidmatan Awam Negeri buka jawatan kosong besar-besaran, gaji sehingga RM5,753

  • Kenaikan Tahunan: RM145

2.PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN – GRED U11

  • Gaji: RM1,204 – RM3,001
  • Kenaikan Tahunan: RM80

3.PEMBANTU AWAM – GRED H11

  • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  • Kenaikan Tahunan: RM80

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online) di Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dengan mendaftar dan mengisi borang permohonan secara lengkap.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan – jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 08 OGOS 2022 (11.59 MALAM).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan secara atas talian boleh dirujuk DI SINI.

BACA:

Jual Volkswagen Passat, beli Perdana terpakai – Doktor ini tak malu nak ‘downgrade’

Shafee kembali jadi peguam Najib, mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun

Najib mohon Ketua Hakim Negara digugurkan

CATEGORIES