Kerajaan umum harga minyak masak akan turun pada tarikh ini. Mulai 8 September sehingga 7 Oktober ini, harga maksimum minyak sawit botol pelbagai saiz turun, dengan kandungan lima kilogram (kg) mencatat pengurangan terbesar iaitu daripada RM34.70 kepada RM33.50.
Penurunan harga tetap boleh dilaksanakan walaupun harga minyak sawit mentah (CPO) mencatat sedikit peningkatan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, berlaku sedikit kenaikan harga CPO pada Ogos berbanding bulan sebelumnya, iaitu naik RM110 daripada RM4,060 kepada RM4,170 satu tan.
“Bagaimanapun, kita melihat harga dahulu dengan harga lantai dan keadaan sudah stabil selepas sebulan lebih waktu penurunan minyak peringkat awal.
“Mengambil kira faktor ini, jawatankuasa memutuskan untuk menurunkan lagi harga maksimum minyak sawit botol lima kilogram daripada RM34.70 kepada RM33.50,” katanya pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, hari ini.
Beliau turut mengumumkan penurunan harga minyak masak botol tiga kg daripada RM21.70 kepada RM21.10, dua kg (RM14.70 kepada RM14.30) dan RM7.70 kepada RM7.50 bagi botol satu kg.
Sebelum ini, Annuar berkata, harga minyak masak sawit dalam botol akan ditetapkan secara bulanan berdasarkan harga satu tan CPO bulan sebelumnya.
Jelasnya, kadar siling bulanan itu akan ditetapkan melalui kaedah pengiraan ditentukan KPDNHEP selepas rundingan bersama penggerak industri minyak sawit tulen.
BACA:
Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji
Kelam kabut Sarawak FC jawab bila TMJ komen ‘Bayar Gaji’
Suami ‘kantoi’ layan pelacur ketika sedang bulan madu dengan isteri