Kerajaan umum cuti peristiwa. Walaupun berbaki dua minggu lagi sebelum aksi final Piala FA, kerajaan negeri Terengganu tidak menunggu lama apabila mengumumkan cuti peristiwa bagi seluruh Terengganu pada 11 September depan.
Cuti berkenaan adalah sempena perlawanan akhir Piala FA pertemuan membabitkan Terengganu FC (TFC) men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September depan.
Menerusi kenyataan media hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cuti berkenaan bagi memberi keselesaan perjalanan pulang selain memastikan penyokong Terengganu tidak terburu-buru di jalan raya dengan susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa.
Alhamdulillah, seperti yang kita sedia maklum, TFC berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil pada 10 September 2022, Sabtu nanti bertemu dengan pasukan JDT.
Berikutan itu kerajaan negeri telah bersetuju mengisytiharkan 11 September 2022 iaitu hari Ahad sebagai cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu.
Cuti itu bagi memberikan keselesaan perjalanan pulang dan memastikan penyokong Terengganu tidak terburu-buru di jalan raya dengan susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang.
Kerajaan Negeri Terengganu berharap para penyokong TFC dapat mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya dengan sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu ketika menyaksikan perlawanan tersebut.
“Kepada pasukan kesayangan semua, saya berharap para pemain dapat memberikan fokus yang maksima dan mempersembahkan aksi yang terbaik sekali gus merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu, Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.
Pada aksi final itu nanti, dijangka seramai 40,000 peminat setia skuad Penyu bakal membanjiri stadium bagi menyaksikan detik bersejarah itu.
Pada 6 Ogos lalu TFC yang menanti selama 11 tahun untuk mara ke pentas final merebut trofi berprestij itu berjaya melangkah ke pentas akhir selepas membenam cabaran Selangor FC dengan penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedudukan sebenar terikat 1-1 pada separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
BACA:
Akhirnya pengemis ‘patah tengkuk’ Shah Alam ditahan, ‘4 jam kutip RM2k!’