Kerajaan mungkin akan perkenal cuti haid kepada wanita di Malaysia. Persoalan berkenaan pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40 antara topik dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan Charles Santiago (PH-Klang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa sesi pertanyaan jawab lisan.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir pula mahu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyatakan sejauh mana konsep Islamic Tourism diketengahkan dalam memajukan sektor pelancongan di Malaysia.
Sementara itu, Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin, ingin Menteri Kewangan menyatakan apakah dasar dan langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia atas masalah bank scam yang kerap berlaku di mana wang dalam akaun pendeposit bank dipindah tanpa pengetahuan mereka.
Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memulihkan keyakinan rakyat atas keselamatan wang mereka di bank.
Pada masa tumpuan, fokus juga dijangka kepada pertanyaan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah usaha di kampus bagi memberikan mahasiswa pendedahan mengenai isu-isu sivik dan politik selari dengan pengenalan Undi18.
Satu lagi persoalan yang dijangka bakal menjadi tumpuan adalah persoalan berkenaan bagaimana 100 juta set data peribadi dapat ditiris atau dibocorkan sejak 2017 serta langkah-langkah kementerian bagi membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Persoalan itu diajukan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.
BACA:
Idris akui Melaka telah fatwakan ‘amanat Haji Hadi’ sebagai sesat
Nak jimat petrol, pelajar nekad naik gajah ke sekolah curi tumpuan