Idris akui Melaka telah fatwakan ‘amanat Haji Hadi’ sebagai sesat

Idris akui Melaka telah fatwakan amanat Haji Hadi sebagai sesat

Idris akui Melaka telah fatwakan ‘amanat Haji Hadi’ sebagai sesat. Hanya Melaka sahaja yang setakat ini memfatwakan Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong, Terengganu iaitu kenyataan yang pernah dibuat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada April 1981 sebagai sesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahu tahu senarai negeri yang sudah memfatwakan amanat itu sebagai sesat.

“Berdasarkan semakan hanya Melaka sahaja yang memfatwakan kenyataan yang pernah dibuat Abdul Hadi di Banggol Peradong yang dipanggil Amanat Haji Hadi sebagai sesat,” katanya melalui pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat, di sini.

Berhubung soalan Mahfuz sama ada benar fatwa sedemikian dikeluarkan daripada portal fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Idris berkata, hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat.

Beliau berkata, JAKIM sudah menaiktaraf portal sedia ada iaitu e-SMAF kepada i-FIQH yang menghimpunkan semua pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan fatwa negeri mengikut kesesuaian dan keutamaan terkini.

Idris akui Melaka telah fatwakan 'amanat Haji Hadi' sebagai sesat

“Senarai pandangan hukum dan fatwa yang terkandung dalam portal terbaru ini sudah disusun semula, hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat,” katanya.

Melalui ceramah Abdul Hadi itu, antara ayat yang dikatakan Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri itu ialah;

“Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.

“Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka.

“Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini, kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

“Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku,”.

BACA:

Dua anakanda YDP Agong terima ijazah serentak dari Universiti London

Netizen puji sambutan birthday cucu Billionaire ‘biasa-biasa’ je, kek dan belon je!

Rogol remaja perempuan, penceramah bebas terkenal ditahan polis

CATEGORIES