Kelibat pak cik tua kutip sisa makanan KFC meruntun jiwa netizen

Oleh INFORAKYAT

Kelibat pak cik tua kutip sisa makanan KFC meruntun jiwa netizen. Tidak semua orang bertuah dengan mendapatkan segala keperluan hidup. Ada yang terpaksa bekerja keras dalam melakukan apa sahaja kerja untuk memastikan kelangsungan hidup.

Jadi, kita sebagai orang mampu, tiada salahnya untuk kita membantu mereka yang memerlukan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang baik hati apabila dia tanpa berfikir panjang telah membelikan makanan buat seorang pak cik.

Kisah tersebut telah diceritakan sendiri oleh wanita bernama Erviana Elvy melalui akaun Faceb00k miliknya. Kejadian yang berlaku pada Ogos ini bukan sahaja meningg4lkan kesan kepada Erviana malah pasti turut menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Menurut Erviana ketika dia sedang makan di KFC Lido dia ternampak seorang lelaki berusia 50-an yang kelihatan seperti orang kelainan µpaya (0KU) sedang memungut sisa dan tulang dari bekas makanan orang.

Kelibat pak cik tua kutip sisa makanan KFC meruntun jiwa netizen

Selesai memµngut sisa makanan dia duduk semula di kerusi bersama roti kering dan air coke lebihan orang.

Tambah Erviana lagi, ketika itu dia mula membayangkan jika pak cik tersebut adalah bapanya sendiri yang terpaksa mengɛmis. Jadi, dia pun memesan set makanan KFC untuk pak cik tersebut.

Pak cik tersebut sangat terkejµt apabila menerima pemberian tersebut. Dalam keadaan s4kit pada bahagian lehernya, pak cik tersebut tetap cuba untuk menunduk sebagai ucapan terima kasih.

Mereka kemudian mula berbual sambil makan. Rupa-rupanya pak cik itu merupakan pesakit kansɛr tahap 4. Dengan senyuman dia memberitahu bahawa dia sudah menjalani rawatan kim0terapi selama 45 kali dan sudah 10 tahun dia s4kit.

Namun begitu, sel kansɛrnya masih aktif dan semakin membesar. Sehingga kini dia tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatannya. Dia perlu menahan sebelah kepalanya untuk menyokong bahagian sebahagian lehernya. Sistem badannya juga sudah semakin tidak boleh berfungsi baik.

Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila dia memberitahu bahawa tulang-tulang ayam yang dikumpulkan adalah untuk diberikan kepada dua ekor anj1ng milik jirannya. Jirannya merupakan orang tua berusia 75 tahun yang tinggal bersendirian.

Jadi, dia bimbang jika anj1ng-anj1ng itu tidak diberikan makanan dan m4ti. Memandangkan dia tidak mampu membelikan makanan buat anj1ng-anj1ng itu, jadi dia membantu dengan mencari makanan sementara dia masih hidup.

Erviana sempat memberikan kata-kata semangat buat pak cik itu. Katanya walaupun doktor memberitahu dia sudah tiada harapan untuk hidup tetapi yang menentukan hidup dan m4ti adalah Tuhan. Jadi, teruslah berharap kepada Tuhan.

Ketika mendengar kata-kata itu, pak cik tersebut mengalirkan air mata. Menurut pak cik itu lagi dia juga percaya yang perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Sebelum berlalu pergi, lelaki tua itu juga memberikan nasihat kepada Erviana untuk rajin sembahyang.

Walaupun kejadian tersebut sudah berlaku hampir dua tahun lalu tetapi ianya masih mendapat perhatian ramai. Ramai yang turut bersimpati dan ramai juga yang terus mendoakan pak cik ini.

Baru-baru ini juga ada beberapa orang netizen yang memberitahu mereka pernah ternampak pak cik di jalanan. Mengetahui bahawa dia masih kuat untuk bertahan hidup pasti buat ramai yang lega.

Kisah yang diceritakan oleh Erviana sangat menyentuh hati. Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa di luar sana masih ada yang lebih susah daripada kita.

Hari ini kita mengeluh kerana kipas angin r0sak, atau mungkin kerana makanan yang dipesan tiba lambat tetapi tanpa kita sedari ada ramai di luar sana yang terpaksa berjemur di bawah terik matahari untuk mencari rezeki malah ada yang terpaksa berlapar untuk membantu keluarga

BACA:

Dikatakan wajah iras Fazura, gadis idam jumpa depan-depan

Geram tak dapat ‘bincang’ pasal saman, tukan meter kantoi cuba potong elektrik balai polis

Jay Iswazir cerita hal sebenar selepas Lizzy akui buat aksi cium dengannya