Kecoh satu dunia Shah Rukh Khan tunai umrah

Oleh INFORAKYAT

Kecoh satu dunia Shah Rukh Khan tunai umrah. BINTANG terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dilihat mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali pada Khamis.

Video SRK memakai ihram di Tanah Suci Makkah tular dan rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira kerana impian pelakon itu akhirnya termakbul.

“Saya sangat gembira melihat Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah. Semoga doa dan ibadah kamu diterima Allah.

“Saya rasa mahu menangis melihat video ini.

“Sebab itu wajah dia bersinar dalam temu bual baru-baru ini. Semoga Allah terima ibadahnya,” komen netizen.

Kecoh satu dunia Shah Rukh Khan tunai umrah

Memetik laporan Hindustan Times, pelakon itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem berjudul Dunki di Arab Saudi dan dia turut menghadiri Festival Filem Laut Merah baru-baru ini.

Menerusi video yang tular itu, SRK juga dilihat mendapat kawalan ketat beberapa orang pengawal peribadi sebelum masuk ke Masjidil Har4m.

Beberapa foto bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang kini berada di Tanah Suci Makkah kini tular di media sosial.

Menurut laporan media menerusi portal antaranya India Today, Shah Rukh Khan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Dunki di Arab Saudi.

Secara kr0nologinya, pada 30 November, pelakon kacak itu berkongsi sep0tong video merakam ucapan terima kasih kepada Kementerian Kebudayaan Arab Saudi atas layanan mesra mereka.

Manakala pada 2 Disember (hari ini) foto dan video Shah Rukh Khan yang juga dikenali sebagai SRK tular ketika menunaikan umrah.

Malah seorang wartawan dari Arab Saudi juga berkongsi foto SRK menerusi Twitter miliknya dengan id @saudrehman27 beserta kapsyen:

“Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan @iamsrk menunaikan umrah di #Mekah hari ini. Semoga Allah S.WT menerima umrahnya, Ameen. #ShahRukhKhan @SRKUniverse,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminatnya juga turut memuat naik video merakamkan SRK yang memakai pakaian lengkap untuk mengerjakan umrah dikelilingi oleh orang ramai.

Ruangan komen video berkenaan juga dibanjiri dengan ucapan positif dan doa daripada para peminatnya.

“MasyaAllah… Alhamdulillah syukur, ini adalah momen yang saya nantikan sejak dahulu lagi untuk melihat SRK mengerjakan umrah atau haji,” tulis seorang peminat.

“Ini pun sudah cukup menggembirakan saya, semoga Allah menerima segala ibadahnya,” komen seorang lagi.

“Alhamdulillah… MasyaAllah, semoga ibadah yang dilakukan diterima Allah, doakan yang baik-baik untuknya,” doa seorang peminat.

Selain Shah Rukh Khan, Dunki juga dibintangi oleh Taapsee Pannu. Filem ini akan dit4yangkan di pawagam pada tahun 2023.

KOMEN NETIZEN:

Dalam perkembangan lain, figura terkenal ini juga bakal muncul dengan dua filem baharu iaitu Pathaan yang akan ditayangkan pada 25 Januari 2023 dan Jawan pada 2 Jun 2023.

Poster dan trailer dua filem berkenaan juga sudah dikongsi sendiri oleh Shah Rukh Khan di akaun Instagram miliknya.

BACA:

Sharifah Sakinah dah berhijab siap pakai niqob, ramai doakan

Calon BN beri laluan kepada PH untuk menang di Parlimen Padang Serai

Neelofa dilihat naik wheelchair, netizen syak mengandung lagi..