Sharifah Sakinah dah berhijab siap pakai niqob, ramai doakan

Sharifah Sakinah dah berhijab siap pakai niqob, ramai doakan

Sharifah Sakinah dah berhijab siap pakai niqob, ramai doakan. Wanita Islam yang berhijab, bukanlah berhijrah, sebaliknya kembali ke jalan Islam sebenar. Malah, jika kita lebih sekarang ini, ramai di kalangan selebriti wanita sudah mula berhijab dan tidak dapat dinafikan penghijrahan mereka ini sedikit sebanyak membuka hati orang lain untuk terus kekal berhijab.

Antaranya seperti Noor Neelofa, Izara Aishah, Diana Amir, dan lain-lain yang memberi tamparan hebat bahawa setiap orang mampu berubah ke arah lebih baik iaitu menutup aurat dengan sempurna dari sebelumnya.

@shieraijoy jangan cakap kami tak ajar adik ye..kami ajar pelan pelan… kami pun sama merangkak #cubajadibaik #buatbuatbaik ♬ Ya Rabbana AnTarafna – zahra

Sharifah Sakinah berhijab?

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan penampilan aktres berbakat besar, Sharifah Sakinah atau dikenali Kinah mengenakan hijab sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Sharifah Sakinah dah berhijab siap pakai niqob, ramai doakan

Menerusi video dimuat naik oleh Sharifah Shahirah iaitu kakak kepada aktres berusia 33 itu, jelas memaparkan Kinah berbusana serba hitam dengan menggayakan tudung labuh.

Dalam video tersebut juga, jelas kelihatan seorang lagi kakak kepada Sharifah Sakinah iaitu Sharifah Haslinda yang bertepuk tampar dek terhibur melayan ragam adiknya itu.

“Jangan cakap kami tak ajar adik ya. Kami ajar pelan-pelan, kami pun sama merangkak,”tulis Sharifah Shahirah ringkas.

Moga dapat hidayah, seronok tengok Kinah pakai macam tu…

Walaupun ia bukanlah penampilan terkini pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired kerana masih berpakaian seksi, namun rata-rata netizen mendoakan terbaik buat aktres tersebut agar dapat menerima hidayah.

Cantik Kinah pakai macam ni…

Hidayah milik Allah

Kita masih tak tahu pengakhiran hidup

Apa-apa pun, didoakan semoga Sharifah Sakinah dan wanita beragama Islam di luar sana mendapat hidayah dan kembali ke fitrah asal dengan menutup aurat dengan sempurna sebelum terlambat.

BACA:

Neelofa dilihat naik wheelchair, netizen syak mengandung lagi..

Keadaan terkini anak Elfira Loy buat peminat bimbang, “dah stage tiga..”

Anuar Zain belanja gambar tengok live di World Cup Qatar, “dekat gila seat dia!”

CATEGORIES