Kain Nadia Brian ‘terlondeh’ di karpet merah, sekali ini yang jadi. Nama pelakon jelita, Nadia Brian tidak perlu diperkenalkan lagi
apabila setiap gaya penampilannya sering menjadi perhatian ramai kerana berpakaian kurang sopan.
Meskipun sering mendapat kritikan dan kecaman daripada warganet, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi tidak endah dengan menyatakan hanya menjadi diri sendiri.
Busana Nadia Brian di karpet merah jadi perhatian
Terbaharu, penampilan pelakon jelita, Nadia Brian yang anggun berbusana serba hitam putih sewaktu hadir ke karpet merah Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) sekali lagi menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran dimuat naik di aplikasi TikTok @xtra_my, kelihatan aktres berusia 31 tahun itu kelihatan cantik menggayakan busananya di karpet merah sambil menjijit mini tas tangan berwarna hitam.
Skirt terlondeh tu…
@xtra_my Lawanya @Nadia Brian Goldring 😍🥰 min lurve outfit dia! 😍 #fyp #anugerahdramasangat #xtramy #tv3malaysia ♬ suara asli – RAP_INDO ☑️
Bagaimanapun mereka bukanlah mengkritik busana yang dipakai oleh Nadia terlalu ketat atau menonjol ‘aset wanita’, sebaliknya skirt dipakai oleh pelakon drama Lelakimu Yang Dulu.
Kebanyakan warganet berseloroh dengan mengatakan skirt berwarna hitam yang dipakai oleh Nadia sudah ‘terlondeh‘. Malah, mereka juga mengatakan mahu sukarela ‘angkat’ kain yang terlucut.
BACA:
5 bank di Malaysia dalam radar SPRM, rupa-rupanya bank terlibat dengan pengubahan wang haram?