Juara Dewi Remaja rimas orang samakan wajahnya dengan Mira Filzah

Oleh INFORAKYAT

Juara Dewi Remaja rimas orang samakan wajahnya dengan Mira Filzah. Pasti ramai tahu Dewi Remaja 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya Sabtu lalu dan peserta bernama Tracie Sinidol dari Sabah telah dinobatkan sebagai juara.

Memetik Kosmo, Tracie yang merupakan peranakan Murut dan Dusun berkata dia langsung tidak menyangka penyertaan dalam program berkenaan memberi sinar serta peluang baru buat dirinya sehingga bergelar juara program berkenaan.

“Sabah kaya dengan bakat tapi sayangnya kami tiada peluang untuk kembangkannya kerana banyak faktor. Paling ketara adalah dialek.

“Jadi sekarang usaha saya memang untuk memperbaiki dialek Sabah dengan belajar bahasa baku menerusi tontonan filem, drama serta lagu selain pembawaan diri di hadapan orang ramai,” katanya.

Namanya menjadi bualan ramai kerana wajahnya dikatakan mirip selebriti popular Mira Filzah, bagaimanapun Tracie berkata dia mahu membina identitinya sendiri.

Juara Dewi Remaja rimas orang samakan wajahnya dengan Mira Filzah

“Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Henti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.

“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” katanya.

Terdahulu, Tracie yang dinobat sebagai pemenang Dewi Remaja 2022 membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

BACA:

Habis deretan Honda baru atas treler terbakar, ini punca sebenar

Wanita pecah tabung guna duit syiling beli emas, sekali ini respon jurujual

Peminat kantoikan Nora Danish, ‘edit gambar nampak pinggang kerengga’