Jual Teh O Ais Rm5 sebekas, peniaga Port Dickson kena kompaun

Oleh INFORAKYAT

Jual Teh O Ais Rm5 sebekas, peniaga Port Dickson kena kompaun. Bukan seorang pelanggan, sebaliknya tiga pelanggan mendakwa menjadi mangsa harga ‘cekik darah’ sebuah kedai makan di sebuah medan selera di sini yang tular baru-baru ini.

Premis makanan berkenaan tular di media sosial susulan caj RM5 dikenakan untuk segelas teh o ais termasuk harga makanan lain yang disifatkan mahal.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Nik Aisyah, dia memberitahu tidak sangka turut menjadi mangsa kedai makan kayangan viral.

Dia turut menasihatkan orang ramai berhati-hati supaya tidak menerima nasib sama.

“Kita pun makanlah dekat kedai yang tiada ‘banner’ itu sebab tak ingat nombor kedai dia, rupanya banner atas kedai tu dia cabut … elak pun terkena juga.

Jual Teh O Ais Rm5 sebekas, peniaga Port Dickson kena kompaun

“Waktu makan tadi ramai terkena, mujurlah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada sekali,” tulisnya.

Turut dimuat naik ialah resit makanan yang diterima daripada kedai berkenaan yang antaranya tertera RM10 untuk dua gelas teh o ais dan RM6 untuk segelas milo ais.

Sementara itu, KPDNHEP Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, pemilik premis terbabit telah pun dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 pada Khamis.

“Bertindak atas tiga aduan diterima daripada orang awam, pasukan penguat kuasa KPDNHEP Port Dickson telah menjalankan Ops Samar.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tiada tanda harga diletakkan di premis dan tindakan kompaun serta-merta telah dikenakan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

BACA:

Mira Filzah selamba sebut nama Sari Yanti depan Jep, “gelabah kawan tu..”

Padah berkokok 200 kali sehari, ayam ini kena saman

Nabil tak perasan konsert Billie Eilish dah berlangsung, rugi RM2,500! “allah nak jaga tu”