Mira Filzah selamba sebut nama Sari Yanti depan Jep, “gelabah kawan tu..”

Mira Filzah selamba sebut nama Sari Yanti depan Jep gelabah kawan tu

Mira Filzah selamba sebut nama Sari Yanti depan Jep, “gelabah kawan tu..”. Nampaknya rancangan Sepahtu Reunion Live 2022 membuatkan penonton terhibur lagi dengan lakonan kumpulan Sepahtu. Seperti setiap minggu, rancangan ini akan mengundang artis jemputan dan cameo untuk membuatkan penonton semakin terhibur.

Namun begitu, siapa menyangka pada malam tadi selebriti jelita Mira Filzah muncul sebagai artis jemputan yang ternyata turut dengan pantas menjadi bualan ramai di media sosial. Mana tidaknya, Mira Filzah juga seperti sebelum ini membuatkan penonton Sepahtu Reunion Live terhibur lagi dengan celotehnya.

Pada malam tadi, rancangan yang bersiaran pada setiap hari Khamis pada jam 9 malam di Astro Warna ini mengembalikan watak Tapan iaitu pemuda gila yang dilakonkan oleh Jep Sepahtu. Seperti sebelum ini, lakonan Jep sebagai Tapan mengundang tawa lagi buat penonton.

Mira Filzah selamba sebut nama Sari Yanti depan Jep, "gelabah kawan tu.."

Apatah lagi, gelagat pelakon jelita Mira Filzah ini sebagai Zila turut memainkan peranan untuk menghiburkan penonton. Sehinggakan dia juga sempat memetik nama isteri Jep, Sari Yanti untuk mengusiknya secara spontan.

Tidak hanya itu, Mira Filzah juga memberikan pickup line padu buat Jep manakala reaksi Jep pula mengundang tawa ramai. Video-video pendek yang tular di platform TikTok tersebut bagaimanapun membuatkan gandingan Mira Filzah dan Jep mendapat perhatian lalu ditinggalkan pelbagai reaksi positif.

@hasnida_saman Ha tak tentu arah bila petik nama #sariyanti aduhai #tapan #jepsepahtu Huru hara la #sepahtureunion hari ni. #kelakar #fyp ♬ original sound – Dadha

@boss_terachi #sepahtureunion #fyp #wxycba #foryou ♬ bunyi asal – BosSTeracHi

BACA:

Nabil tak perasan konsert Billie Eilish dah berlangsung, rugi RM2,500! “allah nak jaga tu”

Doktor ini larang kanak-kanak makan kicap, “bahaya untuk mereka”

Wow! Fakta menarik kapal mewah Adastra bernilai RM200 juta ini mengejutkan

CATEGORIES