Jisoo Blackpink akui hanya mandi separuh badan sahaja

Oleh INFORAKYAT

Jisoo Blackpink akui hanya mandi separuh badan sahaja. BINTANG kpop Jisoo Blackpink mendedahkan sikap pelik gemar mandi dengan membersihkan separuh bahagian badannya.

Jisoo mendedahkan dia hanya mencuci bahagian dari paras pinggang ke bawah setiap lima ke enam kali dalam seminggu.

“Saya hanya mandi dan mencuci bahagian bawah badan setiap lima hingga enam kali dalam seminggu,” katanya.

Jisoo Blackpink akui hanya mandi separuh badan sahaja

Jisoo akui suka bersenam sejak akhir-akhir ini.

Perkara itu dikongsi Jisoo menerusi temu bual bersama majalah Marie Calrie Korea ketika ditanya mengenai rahsia yang tidak diketahui peminat.

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan penyanyi itu bukanlah tidak mencuci bahagian atas badannya.

Sebaliknya, Jisoo gemar merendam separuh badan dalam air yang telah dicampur minyak terapi dan juga garam laut.

BACA:

BKM: PM umum tarikh baru masuk akaun

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

Rahsia buat roti canai sendiri, tak perlu tebar pun tetap garing sedap