Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada. Selepas lebih tiga tahun segmen kerohanian kendalian pendakwah bebas, PU Azman iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM, kini segmen itu dilaporkan sudah ‘bertukar tangan’.

Difahamkan, segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.

Segmen bersama Ustazah Asni Mansor itu bakal bersiaran esok selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi.

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

Penggantian segmen itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya kerana pembabitan Azman sudah sebati dengan stesen radio berkenaan yang cukup mengiburkan hati pendengar.

Malah, segmen Cik Man Nak Cakap itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.

Sementara itu, cubaam Harian Metro menghubungi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagi mendapatkan komen setakat ini tidak berjaya.

BACA:

Rahsia buat roti canai sendiri, tak perlu tebar pun tetap garing sedap

Nak tunjuk kaya sangat, sifu trading ni kantoi sewa kereta mewah

Roger Federer umum bersara, “selamat tinggal Tennis!”

CATEGORIES