‘Jaga an*’, Sheila Rusly kongsi tips bahagia pada menantu

Oleh DAHLIA MARZUKI

‘Jaga an*’, Sheila Rusly kongsi tips bahagia pada menantu. Pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly memberitahu dia pernah memberikan tips untuk kekal bahagia rumah tangga kepada menantunya yang juga pelakon Elisya Sandha.

Memetik Xtra, penerbit itu berkata tiga tips yang dikongsikan iaitu menjaga hati suami, jaga perut atau makan minum dan menjaga hubungan intim.

Menurut Sheila lagi, pasangan suami isteri pada zaman sekarang dilihat hanya mengutamakan hubungan intim sahaka berbanding perkara lain.

“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga ‘anu’ (hubungan intim suami isteri).

“Zaman sekarang ‘anu’ dulu, salah! Bila anu dah tak sedap, engko nak cari orang lain. Huh. Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya.

'Jaga an*', Sheila Rusly kongsi tips bahagia pada menantu

Dalam pada itu, Shiela turut memuji menantunya itu seorang yang rajin memasak dan sentiasa mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.

“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.

“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” katanya.

@xtra_my Tu diaaa, rahsia perkahwinan kekal bahagia ☺️☺️ #fyp #xtramy #shielarusly #elisyasandha #tips #perkahwinan #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

BACA:

BNM naikkan OPR lagi bulan hadapan

Berdarah hidung tengok Nadia Brian pakai ‘rompers’ macam bayi, siap ada parti buih

Murid jatuh cinta dengan cikgu disiplin 20 tahun lebih tua, akhirnya ke jinjang pelamin