Isteri Aliff Syukri dikejarkan ke hospital, menjerit sakit selepas ada pendarahan

Oleh INFORAKYAT

Isteri Aliff Syukri dikejarkan ke hospital, menjerit sakit selepas ada pendarahan. Umum mengetahui, baru-baru ini isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengesahkan dirinya kini hamil anak keenam.

Bagaimanapun, semalam perkongsian Aliff di Instagram menjadi perhatian apabila memuat naik video detik cemas isterinya mengalami pendarahan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menerusi video itu, Aliff berkata ketika kejadian dia sedang melakukan sesi live di media sosial dan terkejut apabila mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan.

“Tengah sibuk buat live tiba-tiba isteri saya jerit kesakitan dan mengalami pendarahan yang banyak. Masa ni saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir baby dan isteri saya, awak saya sedih. Doakan yang terbaik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff turut memaklumkan doktor memberitahu kandungan berada dalam keadaan baik dan isterinya perlu berehat selama beberapa bulan.

Isteri Aliff Syukri dikejarkan ke hospital, menjerit sakit selepas ada pendarahan

“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok. Cuma isteri saya kena baring je dan rehat untuk 3-5 bulan sebab akan bahaya untuk ibu dan baby, sampai la uri naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dilahirkan.

@aliffsyukriterlajaklaris♬ bunyi asal – Terlajaklaris

BACA:

Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf

Bawa staf pergi bercuti, rakyat Malaysia impikan majikan seperti Khairul Aming

Netizen kata perangai Jebat sebijik macam Sharnaaz, ‘betul-betul ikut perangai baba’