Ini senarai bantuan yang rakyat Malaysia akan terima bulan September ini

Oleh INFORAKYAT

Ini senarai bantuan yang rakyat Malaysia akan terima bulan September ini. Kini kita berada dalam bulan September 2022. Dengan peningkatan kos sara hidup makin membebankan saban hari, pastinya September 2022 satu lagi bulan yang perit perlu dilalui. Apatah lagi bagi golongan yang memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Pada artikel ini, kami kongsikan beberapa bantuan yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia pada bulan September 2022.

Senarai Bantuan akan Diterima Rakyat Malaysia 2022

BKM – Bantuan Keluarga Malaysia

Senarai pertama adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM dijadualkan akan dibayar kepada penerima yang layak pada minggu kedua bulan September 2022. Untuk melihat jumlah yang akan diterima, klik sini.

Ini senarai bantuan yang rakyat Malaysia akan terima bulan September ini

Peranti Siswa – Tablet A8

Bagi golongan pelajar yang lulus program peranti siswa, akan mendapat sebuah tablet jenama Samsung model Samsung Tab A8 LTE. PM juga mengumumkan bahawa tablet ini akan diberi terus tanpa perlu dipulangkan semula.

Jika ada yang masih belum memohon, permohonan masih. dibuka sehingga 30 September 2022.Maklumat lanjut Peranti Siswa. Ianya adalah bagi golongan pelajar B40.

Bantuan Warga Emas (BWE) dari JKM

Buat golongan warga emas, bantuan pembayaran akan diteruskan pada bulan September 2022 ini. Untuk lihat cara mohon bantuan ini, klik sini

Mysalam 2022

Penerima yang berjaya lulus Mysalam juga akan terus dimasukakkan pembayaran ke dalam akaun bank yang didaftarkan.

Pelanjutan Pelepasan Cukai bagi individu

Ini bukanlah bantuan kewangan, namun ianya adalah satu bentuk pelepasan cukai yang tidak patut dibiarkan tanpa dituntut. Kepada anda yang ada atau bakal membeli telefon pintar, komputer, atau tablet pada bulan ini. Simpan resit bagi mendapatkan pelepasan cukai indidividu. Ini kerana pelepasan cukai ini akan tamat pada 31 Disember 2022.

Elaun Pekerja OKU (EPOKU)- JKM

Bagi kategori OKU yang bekerja pula, akan tetap mendapat elaun bulanan mereka yang berjumlahRM150 – RM450 sebulan.

Semoga senarai bantuan bulan september ini dapat membantu anda untuk terus melalui hidup anda dengan lebih kuat di masa mendatang.

BACA:

Netizen pelik Leona boleh duduk sebelah pilot, akhirnya terbongkar…

Adik umur 14 tahun menangis jadi wali nikahkan kakak sendiri

Bapa Puteri Balqis tampil jawab, “saya tak sekeji itu!”