Bapa Puteri Balqis tampil jawab, “saya tak sekeji itu!”

Bapa Puteri Balqis tampil jawab saya tak sekeji itu

Bapa Puteri Balqis tampil jawab, “saya tak sekeji itu!”. Bapa kepada pelakon remaja perempuan yang dikatakan bersikap buruk seperti didedahkan anaknya hingga tular di media sosial baru-baru ini mendakwa dia masih berfikiran waras dan mempunyai pegangan agama.

Lelaki berusia 44 tahun itu dalam laporan polis juga mendakwa yang dia secara jujur sebagai seorang bapa tidak pernah sesekali terlintas melakukan perbuatan keji terbabit terhadap anak perempuannya itu.

Menurut sumber, lelaki berkenaan tampil membuat satu laporan polis Ahad lalu selepas dia menerima panggilan daripada seorang rakan yang memberitahu anak perempuannya ada mengeluarkan kenyataan serta tuduhan terhadapnya sehingga ia tular di media sosial.

“Dalam laporannya, lelaki itu mendakwa dia dimaklum oleh rakannya berhubung kenyataan berbentuk tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu pada 10 pagi ketika berada di rumah.

“Lelaki terbabit dalam laporan polis memberitahu anaknya itu yang juga seorang pelakon mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan mengatakan dia cuba melakukan perkara tidak senonoh dan beberapa lagi perkara buruk terhadapnya,” katanya.

Bapa Puteri Balqis tampil jawab saya tak sekeji itu

Terdahulu, seorang pelakon berusia 15 tahun yang dijemput dalam satu program broadcast di YouTube untuk berkongsi mengenai kisah hidupnya mendedahkan sikap buruk bapanya itu.

Remaja perempuan terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya itu bukan sahaja menimpa dirinya malah ibunya turut diperlakukan dengan teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur mengesahkan berhubung laporan polis yang dibuat bapa kepada sorang pelakon.

“Ya… hasil semakan mendapati kita ada menerima laporan polis yang dibuat bapa pelakon berkenaan pada 4.15 petang Ahad lalu.

“Bagaimanapun, laporan yang dibuat itu hanya covering report selain dia mahu menafikan segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan anaknya itu terhadap dirinya,” katanya.

BACA:

Juara Dewi Remaja rimas orang samakan wajahnya dengan Mira Filzah

Porsche mewah eksiden langgar pokok milik ketua bahagian Umno?

Wanita pecah tabung guna duit syiling beli emas, sekali ini respon jurujual

CATEGORIES