Ini respon Muhyiddin selepas Anwar hantar writ saman fitnah

Oleh INFORAKYAT

Ini respon Muhyiddin selepas Anwar hantar writ saman fitnah. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Perdana Menteria Anwar, telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka beliau telah menyerahkan kepada peguam untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang.

Terdaulu, Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap beliau berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Anwar, 75, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Muhyiddin, 75, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 5 Disember lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah berkenaan.

Ini respon Muhyiddin selepas Anwar hantar writ saman fitnah

Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa ucapan dalam ceramah itu diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula di aplikasi TikTok di bawah nama “@beritakini8”, yang mendapat tontonan melebihi 1.1 juta kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang ‘like’, melebihi 1,360 butang ‘favourite’, dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis tuntutan plaintif bertarikh 7 Disember.

Anwar mendakwa, pada keesokannya, keseluruhan ucapan dalam ceramah tersebut diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula oleh Muhyiddin di akaun Facebooknya di bawah nama ‘Muhyiddin Yassin’ dengan mendapat tontonan melebihi 42,000 kali, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian setakat tarikh pemfailan saman itu.

Anwar menuntut Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan dan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.

BACA:

Netizen gerun tengok jualan minyak pengasih laku di online, dapat feedback bagus lagi

Portal berita dedah MB Terengganu berada di Auckland ketika negeri dilanda banjir besar

14 tahun kahwin belum ada anak, ini jawapan padu Beto Kusyairy