Netizen gerun tengok jualan minyak pengasih laku di online, dapat feedback bagus lagi

Netizen gerun tengok jualan minyak pengasih laku di online dapat feedback bagus lagi

Netizen gerun tengok jualan minyak pengasih laku di online, dapat feedback bagus lagi. Sekarang ini, platform TikTok bukan hanya tempat untuk orang ramai menggunakannya sebagai hiburan, malah ia juga dijadikan tempat membeli-belah secara atas talian.

Jika dilihat dalam TikTok, pelbagai barang yang dijual di dalam platform berkenaan seperti perkakas dapur, pakaian, alat solek dan banyak lagi.

Dalam pada menjual barangan keperluan, satu ‘barang’ ini telah mengerunkan ramai pengguna kerana dikatakan terdapat barang mistik dijual dalam platform tersebut.

Melalui perkongsiaan seorang pengguna di Twitter, terdapat peniaga yang menjual minyak pengasih dan mengiklankannya secara online.

Lebih mengejutkan, perniagaan tersebut mendapat sambutan daripada kalangan pembeli hingga ada yang memuji bahawa barang berkenaan sangat bagus.

Perkongsiaan ciapan tersebut telah meraih lebih 3000 retweet dan ramai juga yang meninggalkan komen berasa gerun melihat barang sedemikian terjual bebas di platform media sosial.

BACA JUGA :

14 tahun kahwin belum ada anak, ini jawapan padu Beto Kusyairy

4 rahsia bau wangi macam rumah orang kaya

Kesalahan yang lelaki selalu buat masa cuci muka, stop kalau tak nak muka rosak

CATEGORIES