Ini manusia paling hitam di dunia

Oleh INFORAKYAT

Ini manusia paling hitam di dunia. Pesohor YouTube Jepun, Hajime mengejutkan berjuta-juta pengikutnya baru-baru ini apabila dia mengecat keseluruhan badan menggunakan cat paling hitam di dunia yang dijual secara komersial, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Musou Black merupakan sejenis cat khas yang dibangunkan dan dijual oleh syarikat Koyo Orient Japan, namun secara teknikal, ia bukan cat paling hitam di dunia.

Gelaran tersebut sebenarnya milik cat Vantablack, sejenis salutan hitam luar biasa yang mampu menyerap sehingga 99.965 peratus cahaya yang boleh dilihat.

Ia menjadikan semua bahan dicat kelihatan seperti lubang hitam, namun cat tersebut amat mahal dan tidak dijual di pasaran terbuka.

Musou Black sebaliknya mampu menyerap 99.4 peratus cahaya yang boleh dilihat, menjadikannya cat kedua paling hitam di dunia dan dijual di laman peruncitan Amazon pada harga AS$17 (RM78.70) bagi setiap 100 mililiter.

Ini manusia paling hitam di dunia

Berdasarkan ciri unik tersebut, Hajime yang dikenali kerana sering tampil dengan pelbagai idea ‘gila’ baru-baru ini menggunakan cat Musou Black untuk menghasilkan bilik paling hitam di dunia.

Sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya menunjukkan lelaki berkenaan mengecat dinding bilik dengan warna hitam sebelum menyalut badannya menggunakan cat yang amat hitam itu untuk menguji sama ada dia boleh dilihat di dalam bilik tersebut.

Selain video itu, Hajime turut berkongsikan beberapa gambar menunjukkan dia berada di tepi pantai dengan keadaan badannya dicat dengan warna hitam, yang membuatkannya kelihatan seperti bayang-bayang.

Selain badannya sendiri, Hajime turut menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan pelbagai objek lain termasuk kereta dan buah-buahan.

BACA:

Bajet 2023: Ini senarai penuh bantuan yang rakyat akan dapat

Tun M sahkan Umno akan menang PRU-15

Suami minta isteri T20 sponsor dirinya nak nikah lain, ‘tak sedar diri punya jantan!’