Tun M sahkan Umno akan menang PRU-15

Tun M sahkan Umno akan menang PRU 15

Tun M sahkan Umno akan menang PRU-15. Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Umno akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain meramal parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Bercakap kepada Nikkei, bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana Umno tidak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal menerajui negara.

“Akan ada (krisis) kerana saya pasti mereka tidak mahu Perdana Menteri sekarang berterusan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno dilihat tidak senada dengan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keperluan membubar Parlimen bagi memberi laluan untuk mengadakan PRU-15, tahun ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir meramalkan Ismail Sabri tidak akan dilantik semula bagi menerajui kerajaan dan berkemungkinan digantikan dengan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjawat jawatan berkenaan.

Tun M sahkan Umno akan menang PRU 15

“Beliau (Mohamad) paling kurang tidak terbabit dengan jenayah,” katanya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dr Mahathir berkata, Umno berpeluang untuk menang pada PRU-15 kerana mempunyai ‘banyak wang’.

Ini bukan kali pertama beliau meramalkan Umno akan menang pada PRU, selain Dr Mahathir pada Ogos lalu, berkata Umno akan ‘menang besar’, jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemu bual agensi AP, berkata kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong Umno.

Beliau mendakwa, ini berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan insentif lain.

BACA:

Suami minta isteri T20 sponsor dirinya nak nikah lain, ‘tak sedar diri punya jantan!’

Budak bawa bekal petai ke sekolah curi tumpuan

“Sarapan terakhir saya” – Tuan Ibrahim

CATEGORIES