Ini 10 ‘rahsia’ mengenai Aiman Athirah, Timbalan Menteri Wanita yang baharu. AIMAN Athirah Sabu baharu sahaja diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diterajui Datuk Seri Nancy Shukri kini sudah lengkap dengan kehadiran timbalannya.
Berikut enam info menarik mengenai Aiman Athirah Sabu:
1- Aiman Athirah berusia 50 tahun.
2-Beliau juga dikenali dengan nama Raj Munni Sabu.
3- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Major Sains Politik dan Minor Pengajian Islam) dengan kepujian dari Universiti Sains Malaysia.
4-Merupakan Ahli Parlimen Sepang.
5-Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia (Lantikan Yang Dipertuan Agong) 2018 hingga 2021
6-Merupakan Setiausaha Kehormat Majlis Senator Malaysia (2019-2022).
7-Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan Penaung Persatuan Wanita Penyayang Sabah (PENYAYANG) dan Naib Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MAWAR) pada tahun 2018 hingga 2020.
8-Beliau juga C (AWAN) Nasional dan pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Wira Dr Mohd Hatta Mohd Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 2018.
9-Terkenal dengan kegigihan, kaki Aiman Athirah pernah digilis kereta ketika turun padang bertemu pengundi di sebuah pasar semasa berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini. Meskipun jarinya tercedera, ia tidak memudarkan semangat beliau.
10-Terlibat aktif di dalam politik sejak tahun 1990, Aiman Athirah adalah ahli politik Parti Islam Semalaysia (PAS) sebelum menyertai AMANAH.
BACA:
Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri
MT Umno kecam Annuar Musa, “dia dah lama nak bakar rumah kita”
Sedih dapat tahu kisah sedih pakcik ni, dah berbulan tidur di tangga KLCC