Ibu tunggal dedah kena ‘scam’ RM300k dengan bomoh cina

Oleh INFORAKYAT

Ibu tunggal dedah kena ‘scam’ RM300k dengan bomoh cina, Liang Xiu Ling yang merupakan ibu tunggal berbangsa cina berusia 40 tahun mendedahkan menjadi mangsa tipu daya bomoh wanita selama tiga tahun.

Menurut laporan Sin Chew Daily, mangsa pada mulanya diperkenalkan kepada bomoh oleh rakannya pada 2019. Dalam keadaan terdesak, Liang memohon bantuan bomoh bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarganya.

Sebagai pengeras untuk menyelasaikan masalah itu, bomoh meminta untuk atas pelbagai perbelanjaan ritual seperti wang, pakaian baru, dan kemenyan.

“Setiap kali saya berjumpa bomoh untuk mendapatkan nasihat tentang keadaannya, bomoh itu akan meminta wang saya dengan cara berbeza, termasuk bayaran RM7,652 untuk jawapan kepada setiap perkara yang dihadapinya,” kata Liang.

Menurut Liang, “Dia memberitahu saya bahawa jika saya tidak mampu membayarnya sekali gus, saya boleh membahagikan jumlah itu kepada ansuran berasingan.”

“Jika saya tidak membayar, dia memberi amaran kepada saya bahawa perniagaan keluarga saya tidak akan berjalan lancar dan anak-anak saya tidak akan menjalani kehidupan yang selamat,” jelas Liang.

Ibu tunggal dedah kena 'scam' RM300k dengan bomoh cina

Dia takut dengan ugutan bomoh itu dan dia menggunakan semua wang simpanan gaji yang dikumpulnya semasa bekerja di Singapura untuk membeli rumah baru untuk keluarganya di Malaysia.

Apabila semua simpanannya kehabisan, dia juga bertindak membuat pinjaman bank sebanyak RM 94,000 untuk membayar bomoh itu. Kini ibu tunggal itu terbeban dengan hutang bank dan terpaksa membayar ansuran bulanan bank sebanyak RM 4,000.

Ibu tunggal dedah kena 'scam' RM300k dengan bomoh cina

Liang dan seorang lagi mangsa yang ditipu sebanyak RM1,500 melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa di Muar pada Januari lalu.

BACA:

Kos tak sampai RM100, netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti

Bantuan awal persekolahan disamun di depan Maybank Semenyih

Boss ‘payung’ staff Proton Saga baru sebab rajin kerja