Hanya bayar pelaburan guna kad kredit, lelaki ini dapat RM150,000! Ini cara dapat cashback sampai macam tu sekali

Oleh INFORAKYAT

Hanya bayar pelaburan guna kad kredit, lelaki ini dapat RM150,000! Ini cara dapat cashback sampai macam tu sekali.

Satu hantaran tangkap layar Instagram Story telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Umar,

tentang seorang lelaki yang membuat pembayaran pelaburan terhadap sebuah syarikat dengan nilai sehingga RM6 juta telah menjadi tular.

Hanya bayar pelaburan guna kad kredit, lelaki ini dapat RM150,000! Ini cara dapat cashback sampai macam tu sekali

Bukan sahaja lelaki tersebut membuat transaksi yang besar sehingga perlu dicaj berkali-kali oleh mesin kad kredit, bahkan dia turut menerima tuah pulangan tunai bernilai sehingga RM150,000!

Lelaki pemilik akaun Instagram tersebut dipercayai merupakan seorang Timbalan Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat pengawal keselamatan, SRT-EON Security Services yang dipercayai bernama Tuan Rafiq Dato’ Haji Rahmat.

Mengikut carian netizen, beliau juga merupakan seorang lembaga pengarah bagi beberapa syarikat yang lain juga.

srt-eon
Ramai menganggap tindakan beliau sebagai bijak kerana menggunakan fasiliti kad kredit sebaik mungkin dengan mendapatkan pulangan tunai setiap kali pembelian.

Nilai pulangan tunai itu mampu untuk membeli sebuah rumah murah atau pun sebuah kereta yang agak berkualiti.

 

BACA: 

Wanita cantik ini berjaya menipu satu Jepun, sebenarnya dia bukan perempuan tapi dia…

Sebab ter’rajin’ nak flush tahi dalam kapal selam, jadi punca kapal selam karam tak timbul-timbul