Guna alasan letih, Konsert Justin Bieber ditangguhkan, ‘peminat Malaysia gigit jari’. Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber memaklumkan di media sosial bahawa dirinya mahu mengambil waktu untuk berehat seketika dan menangguhkan baki jelajah konsertnya.
Bieber, 28 memaklumkan tentang perkara itu menerusi hantaran di Instagram akibat masalah kesihatan yang dialaminya sebentar tadi.
“Pada awal tahun ini, saya mendedahkan kepada umum tentang penyakit Sindrom Ramsay Hunt yang sedang dialami, di mana sebahagian muka saya lumpuh.
“Akibat itu, saya tidak dapat menghabiskan Justice Tour di leg America Utara,” tulisnya media sosial berkenaan.
Lihat siaran ini di Instagram
Jelas penyanyi itu, selepas berehat dan berunding dengan doktor, keluarga dan kumpulannya, beliau telah meneruskan semula jelajahnya di Eropah baru-baru ini.
“Saya membuat enam persembahan secara langsung namun ia memberi kesan kepada diri saya. Pada hujung minggu lalu, saya membuat persembahan Rock di Rio dan saya memberikan segala yang mampu kepada orang di Brazil.” maklumnya lagi.
Bagaimanapun, selepas melakukan persembahan kepada peminatnya. Dia mendapati dirinya mengalami keletihan dan menyedari bahawa kesihatan menjadi keutamaan baginya.
“Jadi saya akan mengambil waktu untuk berehat seketika daripada konsert. Saya baik-baik saja tetapi saya perlukan masa untuk rehat dan beransur dengan lebih baik
“Saya sangat berbangga melakukan persembahan ini dan mesej Keadilan kami untuk dunia,” katanya lagi,
Penyanyi berusia 28 tahun itu turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan kepadanya selama ini.
“Saya menyayangi anda semua,” katanya di Instagram.
BACA:
Habis deretan Honda baru atas treler terbakar, ini punca sebenar
Wanita pecah tabung guna duit syiling beli emas, sekali ini respon jurujual
Peminat kantoikan Nora Danish, ‘edit gambar nampak pinggang kerengga’