GRS setuju bersama dalam kerajaan perpaduan

Oleh INFORAKYAT

GRS setuju bersama dalam kerajaan perpaduan. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.

Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat. Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor

Ketua Menteri Sabah
merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah

GRS setuju bersama dalam kerajaan perpaduan

24 November 2022

GRS setuju bersama dalam kerajaan perpaduan

BACA:

“Kita masih di hadapan” – Hadi Awang

Dakwaan PN tawar Hisham jawatan PM untuk tarik Umno, ini jawapan tuan badan

Mas Khan akui jarang solat, sekali PU Syed bagi ayat ni