Geram dapat kentang sejuk, pemuda nekad tembak staff Mekdi. Lelaki berusia 20 tahun yang didakwa atas pertuduhan menembak seorang pekerja McDonald’ Isnin lalu mengaku bersalah dalam satu kes pembunuhan berasingan pada 2020, kata polis, pada Rabu.
Dia didakwa melepaskan tiga das tembakan yang meragut nyawa Kevin Holloman, dalam kejadian yang berlaku dua tahun lepas. Lokasi kejadian tidak jauh dari lokasi restoran dalam kejadian yang berlaku pada Isnin itu.
Tertuduh menghadapi pertuduhan cubaan membunuh pekerja Mekdi dan memiliki senjata api untuk tujuan jenayah selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa menghidangkan kentang sejuk kepada ibunya.
Mangsa berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di hospital.
Kejadian bermula selepas ibu tertuduh telah dihidangkan dengan kentang goreng yang sejuk. Pertengkaran berlaku antara ibunya dan pekerja McDonald tersebut. Pekerja berkenaan dilaporkan mentertawakan ibunya selepas wanita itu meminta untuk bercakap dengan pengurusan restoran berkenaan.
Tertuduh dilaporkan datang ke restoran tersebut untuk mempertahankan ibunya. Petengkaran berlanjutan pula dengan tertuduh sebelum tertuduh menarik keluar pekerja restoran berkenaan. Tertuduh kemudian didakwa menembak pekerja tersebut di leher, lapor media tempatan.
Lelaki berkenaan berjaya ditahan sejurus selepas kejadian dan didakwa dalam kes penembakan tersebut pada malam Selasa, kata polis.
Manakala teman wanitanya yang berusia 18 tahun turut didakwa dengan dua pertuduhan memiliki senjata selepas dia mengaku kepada polis bahawa dia menyerahkan pistol berkenaan kepada teman lelakinya, kata sumber penguatkuasa undang-undang.
BACA:
Mitsubishi Triton edisi Phantom plus buat peminat tak keruan, “garang sangat ni!”
Pejuang dakwa ‘jika Mahathir gagal, Azizah juga gagal’
Netizen harap Khairulaming jadi MB Kelantan bantu selesai masalah air